Kehidupan awal Samy_Vellu

Kedua ibu bapanya merupakan seorang penoreh getah di Kluang, Johor, bersama-sama imigran India yang lain yang dibawa oleh penjajah British bekerja di ladang-ladang getah. Semasa remajanya, beliau pernah menjadi konduktor bas di GTC Bus Company, syarikat pengangkutan tempatan pada 1950. Kemudian beliau menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Dengan tidak putus asa beliau belajar sambil masa sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.